Ajai Dekan di Akademi Keynote

Posted by TUPAI 0 comments

Wow, semakin banyak rancangan realiti televisyen yang terhasil di Malaysia ini. Seperti mana yang diketahui, high rating program realiti televisyen seperti Akademi Fantasia, Raja Lawak, Astro Talent Quest dan Mentor memang mencuri hati peminat di luar sana. Terbaru, Akademi Keynote akan muncul tidak lama lagi. Dipelopori oleh komposer terkenal, Ajai, misi Akademi Keynote ini adalah untuk mencari bakat-bakat baru dalam bidang penciptaan lagu dan berkaliber untuk menjadi seorang penerbit.

Ajai selaku Dekan Akademi Keynote, berkata program ini akan berlangsung selama tiga bulan dan akan melatih peserta yang terpilih dalam penghasilan lagu dan nyanyian. Tidak seperti Akademi Fantasia, peserta akan ditempatkan di sebuah banglo dan masih boleh berinteraksi dengan dunia luar. Mereka akan ditetapkan dengan genre muzik dan diberi tugasan pada setiap minggu. Menariknya, mana-mana lagu ciptaan peserta akan dipersembahkan oleh artis tempatkan dan berpeluang untuk dimuatkan sebagai single.

Pengacara bagi program ini pun telah dipilih. Yasmin Hani bakal digandingkan bersama Farish Aziz dan ianya akan ke udara mulai 15 Jun ini pada pukul 10 malam di saluran Astro Ria (104). Program ini akan bersiaran sebanyak 13 episod termasuklah episod Zon Keynote.

MisS SaKurA dapat agak ada dikalangan pembaca www.tupai.com.my yang berbakat dalam penghasilan lirik dan lagu diluar sana. Tentunya anda semua tertanya-tanya bagaimana untuk menghadiri ujibakat ini yea? Keynote terbuka kepada individu berumur 18 hingga 35 tahun dan yang yang paling penting mereka haruslah bebas dari pengaruh dadah dan kesalahan jenayah. Sesi ujibakat akan diadakan di lokasi berikut:

23 Mei 2010, Ahad: Wisma Bentley, Damansara
27 Mei 2010, Khamis: Universiti Lim Kok  Wing, Cyberjaya
5 Jun 2010, Sabtu: Institusi Seni Sabah (SIA), Kota Kinabalu.

SELAMAT HARI JADI AFDLIN!

Posted by TUPAI 0 comments

Tahniah abang Afdlin Shauki kita yang menyambut harijadinya yang ke 39 tahun pada HARI INI (19 Mei 2010)! Moga anda dicurahkan rezeki yang melimpah ruah dan mendapat idea yang lebih bernas untuk mencipta filem-filem yang bermutu tinggi di masa hadapan.

MisS SaKurA tidak sabar untuk menunggu berita tentang filem terbaru abang Afdlin iaitu JALAN LAMA. Update kami yea?

SELAMAT DATANG KE TUPAI

ADAKAH ANDA PEMENANG PERADUAN TUPAI?

VIDEO

TUPAI @ FACEBOOK

TUPAI @ TWITTER

JAWATAN KOSONG

PERADUAN @ TUPAI